Kuching Sarawak mempunyai keistimewaanya tersendiri dan aneka juadah yang ada di Kuching memang susah kalau nak jumpa kat tempat lain.
Sharifah Homestay Kuching ingin berkongsi tempat-tempat makan di Kuching yang menjadi pilihan semua. Jangan risau,semuanya halal,enak dan pastinya menepati citarasa anda.Sekali makan memang NAK LAGI!!
Jalan Satok, 93400 Kuching, Malaysia
Nombor Telefon : +6082244432 and +6082244430
Bagi anda yang sukakan makanan tradisional orang Sarawak seperti Mee Kolok, Laksa Sarawak, Mee Sapi dan sebagainya, kami cadangkan anda cuba makan di restoran ini. Lokasinya tidak jauh dari Pasar Pagi Satok, Kuching. Kalau jalan kaki dari Pasar Satok , hanya mengambil masa 5 hingga 10 minit sahaja.
Prata Roll
Nasi Ayam Bakar
Mee Laksa Sarawak
Ada pelbagai menu dihidangkan disini termasuklah Laksa Sarawak, Rojak Tambi ( rojak India ), Mee Rojak, Bubur Ayam, Mee Kolok, Mee Sapi, Mee Pok, Mee Jawa , Mee Kampua, Sate dan banyak lagi. Harga pula sangat berpatutan iaitu dari RM4 hingga RM6 bagi setiap menu. Selain itu juga, restoran ini menyediakan sajian lauk pauk yang boleh dimakan bersama nasi panas.
Nasi Ayam Bakar
Mee Laksa Sarawak
Mi Kolok
Ada pelbagai menu dihidangkan disini termasuklah Laksa Sarawak, Rojak Tambi ( rojak India ), Mee Rojak, Bubur Ayam, Mee Kolok, Mee Sapi, Mee Pok, Mee Jawa , Mee Kampua, Sate dan banyak lagi. Harga pula sangat berpatutan iaitu dari RM4 hingga RM6 bagi setiap menu. Selain itu juga, restoran ini menyediakan sajian lauk pauk yang boleh dimakan bersama nasi panas.
Kalau dari pukul 6 petang, menu seperti Nasi Goreng, Mee Goreng, Ayam Penyet dan pelbagai menu goreng-gorengan ada disediakan.
Restoran ini juga pernah muncul di dalam rancangan Jalan Jalan Cari Makan di TV3 dan juga Jom Makan! di TV2.
2. My Village Barok Bistro
My Village Barok Bistro, Jalan Brooke, Kuching, 93050 Sarawak
Jika anda mahu mencuba makanan seperti Manok Pansoh, Umai Ikan Kerapu, Ayam bakar, ayam penyet, Sayur Midin Goreng,
disini adalah tempatnya. Lokasinya amat mudah dicari iaitu diseberang
sungai di kawasan Waterfront iaitu sederet dengan kedai menjual Kek
Lapis. Harganya amat berpatutan dan Manok Pansoh disini boleh dikatakan
agak original kerana dimasak di dalam buluh. Sebelum terlupa anda boleh
juga mencuba makanan tradisional Sarawak iaitu LINUT ( sagu yang dimakan bersama sambal belacan )
Manok Pansuh
Manok Pansuh
3. Mee Kolok Pak Amit Cafe
Lot 3108-3113, SL 3, Jalan Astana, Kuching, Malaysia.
Telefon : 012 820 2040 / 019 815 5395
Dibuka dari 7 pagi hingga 11 malam
Facebook : Pak Amit Cafe
Jika anda mahu mencuba Mee Kolok yang
sedap, warung Pak Amit adalah tempatnya. Tetapi lokasinya agak sukar
untuk dicari ( jika anda mempunyai teman yang tinggal di Kuching,
mungkin anda boleh bertanyakan mengenai tempat ini ) . Rasa Mee Koloknya
agak pekat dan sedap. Harganya pula murah dan best. Mengikut kata teman
kami yang juga orang Sarawak, biasanya Mee Kolok disini cepat ‘sold
out’ ,jadi kalau nak merasa Mee Kolok ini, kenalah datang awal ya.
Jln Padungan | Bukit Mata Kuching, Kuching, Malaysia
Dibuka pada waktu malam
Sudah semestinya Kuching yang terkenal
dengan pelbagai menu makanan laut ini mempunyai tempat makan yang best
untuk penggemar makanan laut. Gerai makan yang dinamakan Top Spot ini
terletak betul-betul di tengah bandar Kuching ini mempunyai berbelas
gerai yang menjual makanan laut. Cakap je semua jenis makanan laut ada.
Cuma Top Spot ini dibuka dari lewat petang hingga lewat malam dan gerai
pilihan pula adalah gerai nombor 25 dan 6 . Lokasinya pula terletak agak
dekat dengna Hotel Pullman Kuching. Harga pula berpatutan iaitu menu
udang galah diantara RM60 ke atas manakala menu seperti masakan udang,
sotong, telur, sayur makan untuk 2-3 orang adalah sekitar RM50 sahaja.
6. Laksa Chef Ahid
Gerai ini popular dengan keistimewaan laksa sarawaknya serta mi belacan yang digemari ramai.Anda pasti suka dan pasti nak lagi :)
7. Bemmers Cafe
Petra Jaya (Jalan Duranta), Kuching, Sarawak 93050, Malaysia
Restoran Bimmers Cafe ini agak terkenal
juga di Kuching kerana Teh 3 layer mereka yang sedap dan juga Mee Kolok
serta Mee Sapi yang best. Bimmers Cafe ini menggunakan konsep mini gerai
di dalam restoran mereka dan selain makanan tradisional Sarawak,
makanan Thai, Sate, ayam golek, makanan india dan masakan Melayu juga
boleh dimakan disini.
8. Swee Kang Ice Kacang
Ground Floor, Lot 176, Jln Hj Taha, Kuching, Sarawak 93400, Malaysia
Manisan yang popular di Kuching, Sarawak
seperti White Lady ( seperti dalam gambar dibawah ) boleh didapati
disini dengan harga RM2.80. Selain White Lady, anda boleh cuba menu
seperti Bihun Belacan, Char Kueh Teow, Rojak, Sotong Kangkung dan juga
ice kacang.
9. Bing! Coffee ( macam Starbucks )
Facebook : https://www.facebook.com/bingcoffee
Peminat kopi pula jangan lupa cuba
minuman kopi di Bing Coffee. Bing Coffee mempunyai banyak outlet di
sekitar Kuching dan bandar utama Sarawak. Pastikan anda cuba brownies
dengan aiskrim yang terdapat disini. Yang menarik mengenai Bing! Coffee
ini adalah dekorasi interiornya yang sangat cun dan selesa. Menu yang
boleh anda cuba adalah White Caramel Latte, Tiramisu Latte, White Mocha
Latte.
10. Sugarbun
Laman web : http://www.sugarbun.com/
Outlet Sugarbun : http://sugarbun.com/main/outlets/
Sugarbun merupakan restoran makanan
segera yang hanya terdapat di Sarawak ( selain Brunei, Bangladesh dan
China ) sahaja jadi jangan lepaskan peluang cuba makanan disini. Menu
utamanya adalah Ayam Goreng dengan Savoury Rice special seperti gambar
di bawah. Selain itu, disini juga ada menu seperti burger, nasi lemak,
kari ayam, Ikan sambal dan pelbagai lagi.