Negeri Sarawak yang dikenali sebagai Bumi Kenyalang
merupakan negeri terbesar di Malaysia dan dikategorikan sebagai
Malaysia Timur. Kuching merupakan ibu negeri bagi Sarawak. Penduduknya
terdiri daripada pelbagai kaum seperti Cina, Melayu, Bidayuh, Iban,
Malanau, Orang Ulu dan lain-lain. Kuching juga merupakan Bandar keempat
terbesar di Malaysia dengan kepadatan penduduk sekitar 794 517 orang.
Kuching diisytiharkan sebagai bandaraya pada 1 Ogos 1988 dan sejak itu Kuching menjadi tarikan
utama pelancong dari serata dunia. Menjejaki apa yang menarik di
Kuching Sarawak, negeri yang terkenal dengan pelbagai khazanah
semulajadi dan hidupan liar di Malaysia.
#1-KAMPUNG BUDAYA
Kampung budaya ini juga digelar ‘Muzium Kehidupan’
ditubuhkan bagi memelihara dan mempamerkan warisan kebudayaan dan
kesenian negeri Sarawak. Muzium ini terletak di Pantai Damai, Santubong
hanya 32km dari bandar Kuching dan merupakan tempat
yang terbaik untuk mengenali budaya dan cara hidup tempatan.
Perkampungan seluas 17 ekar ini mempunyai seramai 150 orang penduduk
yang mempamerkan aktiviti harian seperti aktiviti memproses sago dan
menghasilkan kraftangan. Mereka memakai pakaian tradisional dan
mengadakan persembahan tarian tradisional untuk para pelancong.
Penduduk
kampung akan menerangkan tentang cara hidup dan kepelbagaian budaya
mereka kepada pelancong yang berkunjung ke tempat mereka. Pelancong
juga boleh melihat replika bangunan yang mewakilkan setiap suku kaum
pribumi utama yang ada di Sarawak seperti rumah panjang bagi orang Iban,
Bidayuh dan Orang Ulu, rumah tinggi Melanau dan rumah ladang orang
Cina. Perkampungan ini juga mempunyai sebuah pentas di mana pelawat
boleh menyaksikan persembahan tarian tradisional pelbagai kaum, sebuah
restoran dan kedai kraftangan. Bagi pelancong yang ingin mencipta
kelainan dalam perkahwinan, pelancong boleh melangsungkan perkahwinan
mereka di Kampung Kebudayaan Sarawak mengikut gaya tradisi kaum Iban,
Melayu, Bidayuh atau Orang Ulu.
#2- PUSAT HIDUPAN LIAR SEMENGGOH (WILDLIFE CENTRE)
PUSAT Hidupan Liar Semenggoh (PHLS) yang terletak kira-kira 24 kilometer dari pusat bandar raya Kuching
terkenal dengan pemuliharaan Orang Utan yang menjadi daya tarikan
pelancong ke negeri ini. Pusat ini bermula dengan sepasang Orang Utan
yang membiak dan menjadi semakin banyak. Orang Utan yang dipelihara di
sini akan dibebaskan ke dalam hutan apabila telah dewasa. Sama seperti
mana-mana pusat pemuliharaan hidupan liar, ia juga dibuka kepada orang
ramai untuk tujuan pendidikan dan penjelasan berkenaan kepentingan
melindungi hidupan liar. Pusat Pemuliharaan Hidupan Liar Semenggoh ini
turut dihuni hampir 1, 000 hidupan liar terancam yang terdiri daripada
mamalia, burung dan reptilia. Namun, ia menjadi terkenal apabila pusat
berkenaan menjalankan Program Rehabilisasi Orang Utan dan telah berjaya
melepaskan semula Orang Utan ke habitat asal mereka. Justeru itu, ia
telah berubah menjadi salah sebuah pusat kajian biologi dan kelakuan
khusus untuk Orang Utan.
#3-Kubah Ria Komplex
Dulunya, Pasar Ahad di Jalan Satok, Kuching merupakan
destinasi beraneka warna di mana penduduk kampung dari serata daerah
akan membawa hasil hutan dan buah-buahan tempatan yang tidak boleh
didapati di mana-mana tempat yang lain. Pasar ini mula beroperasi seawal
jam 5 pagi. Pasar Satok juga menawarkan peluang kepada pelancong untuk
melihat dan mengenali hasil herba, buah-buahan, tumbuh-tumbuhan dan
haiwan yang digunakan oleh penduduk Sarawak di dalam masakan dan
perubatan tradisional mereka. Suasana meriah dan keramahan penduduk
tempatan menjadikan kunjungan ke pasar ini pasti lebih menyeronokkan. Di
sini juga terkenal dengan ikan terubok masin, pelancong yang datang ke
sini disarankan supaya mencuba ikan terubok masin yang sedap dan murah
berbanding di tempat lain.
Kini, pasar minggu Satok telah berpindah ke Kubah Ria Complex yang menempatkan 1400 peniaga yang menjual bahan kering,bahan basah,kedai makan dan macam macam lagi.Semuanya ada di satu tempat.Sungguh Meriah!
Gambar di atas ialah Kubah Ria Food Court yang menempatkan pelbagai jenis juadah yang sedap dan istimewa orang Sarawak.
Kini, pasar minggu Satok telah berpindah ke Kubah Ria Complex yang menempatkan 1400 peniaga yang menjual bahan kering,bahan basah,kedai makan dan macam macam lagi.Semuanya ada di satu tempat.Sungguh Meriah!
#4-KUCHING WATERFRONT
Kuching Waterfront juga merupakan tempat yang wajib
dilawati sekiranya berkunjung ke Sarawak. Di mana ia adalah antara
tarikan utama yang terdapat di Kuching. Selain
keindahan Sungai Sarawak, pelancong boleh menikmati pemandangan bot-bot
kecil (perahu tambang) dan menaikinya dengan kadar tambang yang cukup
murah. Kuching Waterfront juga adalah tempat tumpuan penduduk tempatan
berkumpul untuk riadah bersama keluarga. Bertentangan dengan Kuching
Waterfront pula, terdapat banyak deretan kedai yang menjual pelbagai
jenis kraf yang cantik dan unik bermotifkan tradisi Sarawak. Daripada
tikar Sarawak yang popular kepada hasil tembikar yang beraneka bentuk
seperti pasu, patung kucing dan sebagainya, semuanya ada ditawarkan
dengan harga yang berpatutan. Pelancong juga boleh mendapatkan pelbagai
buah tangan dan ole-ole untuk di bawa pulang dari sini.
#5-TAMAN NEGARA GUNUNG GADING
Taman Negara Gunung Gading adalah kawasan hutan bergunung-ganang yang indah yang terletak hanya dua jam perjalanan dari bandar Kuching.
Taman ini terletak berhampiran Lundu, sebuah pekan kecil yang menarik
di barat-daya Sarawak. Pada mulanya taman negara ini merupakan sebuah
kawasan pemeliharaan tertutup bagi tumbuhan Rafflesia iaitu bunga
terbesar di dunia yang boleh membesar sehingga bergaris pusat satu
meter. Walau bagaimanapun, selepas menjalankan kajian meluas tentang
kesan ke atas alam sekitar, Jabatan Taman Negara membuat keputusan
bahawa Gunung Gading adalah harta negara yang berharga yang perlu
dikongsi dengan orang awam. Oleh itu, taman negara ini dibuka kepada
pelancong pada tahun 1994.
Taman Negara Gunung Gading dikawal rapi oleh
Jabatan Taman Negara bagi memastikan pelancong mendapat peluang yang
terbaik untuk melihat sendiri bunga Rafflesia yang kembang tanpa
memusnahkan kudup bunga tersebut atau pun tumbuhan lain di sekitarnya.
Sebuah laluan pelantar kayu telah dibina di tempat di mana Rafflesia
tersebut lazimnya kelihatan bagi membolehkan pelancong berkunjung ke
sini dengan selesa pada bila-bila masa bunga Rafflesia ini mengembang.
Trek laluan hutan membawa pelawat menuju ke sungai, air terjun dan
kawasan gunung dan sebuah laluan lagi membawa pelawat ke puncak Gunung
Gading (906 m). Bentuk mukabumi kawasan gunung ini yang dramatik
menyediakan latarbelakang yang indah kepada pekan Lundu yang berdekatan
serta pantai-pantai di Pandan dan Siar.
#6- TAMAN NEGARA BAKO
Terletak 37 km dari Kuching, Taman Negara Bako kaya
dengan flora dan fauna dengan sekurang-kurangnya tujuh jenis tumbuhan
tropika yang utama di Sarawak. Walaupun ia adalah satu daripada taman
negara terkecil di Asia Tenggara ia mempunyai hampir kesemua spesies
tumbuhan yang dapat dijumpai di Borneo. Monyet Prtoboscis yang hanya dapat dilihat di Borneo mungkin menjadi tumpuan di antara haiwan liar, dengan kata lain, sekiranya ada Monyet Macaque, Monitor lizards dan tupai, monyet Prtoboscis
lebih menjadi pilihan.
Taman itu merekodkan 316 spesies tumbuhan, 22 spesies burung, 24 spesies haiwan reptilia dan binatang berdarah sejuk, 57 spesies mamalia termasuk monyet hidung muncung atau monyet orang Belanda, pelancong yang bernasib baik boleh terserempak dengan spesies ikan lumba-lumba yang dilindungi sepenuhnya di negeri ini. Taman Negara Bako hanya akan sampai selepas pelancong menumpang kapal kecil selama 20 minit dari Kampung Bako. Ia telah dilindungi sejak 1957 supaya hidupan liar tidak akan terancam. Lawatan tidak digalakkan pada Oktober hingga Mac kecuali April sehingga September. Ini disebabkan pada April hingga September keadaannya tidak begitu lembab kerana dipengaruhi oleh monsun.
Taman itu merekodkan 316 spesies tumbuhan, 22 spesies burung, 24 spesies haiwan reptilia dan binatang berdarah sejuk, 57 spesies mamalia termasuk monyet hidung muncung atau monyet orang Belanda, pelancong yang bernasib baik boleh terserempak dengan spesies ikan lumba-lumba yang dilindungi sepenuhnya di negeri ini. Taman Negara Bako hanya akan sampai selepas pelancong menumpang kapal kecil selama 20 minit dari Kampung Bako. Ia telah dilindungi sejak 1957 supaya hidupan liar tidak akan terancam. Lawatan tidak digalakkan pada Oktober hingga Mac kecuali April sehingga September. Ini disebabkan pada April hingga September keadaannya tidak begitu lembab kerana dipengaruhi oleh monsun.
#7-PASAR SERIKIN
Pasar Serikin adalah sebuah pekan kecil di Bau iaitu sempadan
Malaysia – Indonesia dengan jaraknya kira-kira 70 kilometer dari Bandar Kuching.
Pasar Serikin sentiasa menjadi kunjungan bukan saja penduduk tempatan
malah pelancong dari dalam dan luar negara. Terdapat pelbagai jenis
barangan dari Sarawak dan Indonesia yang dijual di sini dengan harga
yang berpatutan. Di pasar Serikii, pelancong dapat melihat dan membeli
pelbagai barangan yang agak asing daripada yang terdapat di semenanjung
Malaysia. Barangan yang dijual kelihatan unik dan lebih menarik hati.
kebiasaannya, penjual menjual barangan rotan, tikar, pelbagai jenis kain
pelikat dan kain batik, makanan ringan ‘jajan’ made of indonesia,
barangan dapur, telekung wanita dan barangan kraf tangan. Ternyata ,
barangan kraf tangan yang dihasilkan oleh warga tempatan amat kreatif.
#8-JONG’S CROCODILE FARM
Jong’s Crocodile Farm atau Taman Buaya Jong di Sarawak adalah adalah
sebuah kawasan persendirian yang menempatkan lebih 1000 ekor buaya dari
pelbagai jenis dan saiz. Taman ini terletak di daerah Padawan (jalan
Kuching-Serian) merupakan kawasan penternakan, pembiakan dan
pemuliharaan buaya terbesar di malaysia. Buaya-buaya di sini ditempatkan
mengikut saiz, spesies/jenis dan umur. Sekiranya waktu kunjungan
pelancong kena pada masanya, pelancong dapat menyaksikan pertunjukkan
memberi makan kepada buaya secara langsung. Pelbagai cenderamata
kenang-kenangan boleh dibeli dan sekiranya pelancong berminat, daging
buaya yang telah dikeringkan juga dijual disini. Terdapat juga spesies
unggas, burung, beruang dan binatang eksotik yang lain yang hanya boleh
didapati di kepulauan Borneo.
Kuching menjanjikan percutian indah, padat dengan aktiviti,
pengalaman yang pelbagai dan ilmu yang bermanfaat kepada pelancong.
Tempat tempat Menarik yang lain :
Taman Negara Kubah,
Taman Orkid,
Fairy Cave,
Muzium Sejarah Cina,
Muzium Sarawak,
Tokong Tua Pek Kong,
Muzium Tekstil,
Muzium Kuching,
Masjid Kuching,
Kompleks Mahkamah Lama,
Astana Negeri Sarawak,
Kubu Margherita,
Damai Central,
Muzium Islam,
Tugu Kuching,
Pasu Sarawak,
Kek Lapis Sarawak,
Sarawak River Cruise,
dan Bazaar Kaum Bidayuh.
Tempat tempat Menarik yang lain :
Taman Negara Kubah,
Taman Orkid,
Fairy Cave,
Muzium Sejarah Cina,
Muzium Sarawak,
Tokong Tua Pek Kong,
Muzium Tekstil,
Muzium Kuching,
Masjid Kuching,
Kompleks Mahkamah Lama,
Astana Negeri Sarawak,
Kubu Margherita,
Damai Central,
Muzium Islam,
Tugu Kuching,
Pasu Sarawak,
Kek Lapis Sarawak,
Sarawak River Cruise,
dan Bazaar Kaum Bidayuh.